Friday, September 3, 2010

Zakat, Fungsi dan Balasana Bagi yang Meninggalkannya

Fungsi Zakat:
1. Zakat sebagai Bukti kesempurnaan Islam seseorang ialah dengan menunaikan satu daripada lima rukun ini, iaitu zakat. Hukum ini mula diwajibkan di Madinah dalam bulan Syawal tahun kedua Hijrah.
Zakat ialah mengeluarkan/ memberikan sebahagian harta benda (termasuk wang) yang sudah mencapai nisab kepada orang yang berhak menerimanya. Qur`an surah Attaubah ayat 103 ada menyebut: “Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Kewajiban menunaikan zakat bukan hanya pada umat Nabi Muhamad S.A.W. saja tetapi juga kepada semua umat Rasul yang terdahulu. Ada disebut sebanyak 82 kali beriringan selepas solat sebagai perintah wajib mengikut penyelidikan selain hadis-hadis Rasulullah yang begitu banyak.

Di antara perintah wajib menunaikan zakat ini ialah: Dan dirikanlah kamu akan solat, tunaikanlah zakat dan taatlah kepada Rasul, supaya kamu diberi rahmat..(Surah An Nur ayat 56)

2. Zakat akan mampu membersihkan diri dari kekotoran, kebusukan, terutama kekotoran dan kebusukan spiritual. Surah Attaubah ayat 103 seperti di atas tadi adalah hujah dalam perkara ini di mana zakat bermaksud membersihkan mereka dari kekikiran dan cinta yang berlebih-lebihan terhadap harta benda. Demikian yang ditafsirkan oleh ulama mufassirin.

Sebuah hadis lain yang diriwayat oleh Tabarani dan Abu Naim dalam Al-Hilyah dan Al-Khatib daripada Ibn Mas`ud, Abu Daud meriwayatkan secara mursal daripada Al-Hasan, yang dianggap sebagai hadis daif, berbunyi: Bersihkanlah harta kamu dengan zakat. Ubatlah orang sakit dengan sedekah dan sediakan doa untuk menolak bala.

Artinya kewajipan zakat ini jika dilihat dari perintah Al-Qur`an mahupun Hadis, iaitu harta benda pada umumnya bercampur kotor, busuk atau tidak bersih, maka untuk memberihkannya hanyalah dengan berzakat. Maka untuk membersihkannya hanyalah dengan membuang sebahagian dari harta itu dengan mengeluar zakat.

3. Ada pula pendapat, zakat yang dikenakan itu sebenarnya hak Allah, maka haramlah mereka yang tidak mengeluarkannya atau menyimpan atau memakannya.

Hukuman/ancaman bagi Yang meninggalkan Zakat
1. Harta akan berubah menjadi Ular yang mnggigitnya di hari kiamat
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abi Hurairah, katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda, “ Barangsiapa diberi akannya harta maka tidak ditunai akan zakatnya niscaya dijadikan hartanya itu di hari kiamat sebagai ular yang berkepala licin (botak, sangat berbisa) dan mempunyai dua tompok hitam di atas matanya (sangat jahat) terlalu besar, buat meliliti batang lehernya dan kemudian membelit dagunya pula, terus menggigit dengan mulutnya setelah itu berkatalah ia (ular) aku inilah harta engkau, akulah gudang dan firma yang engkau simpan dahulu.

2. Siksa yang Pedih Di dalam Qur`an hukuman bagi mereka yang tidak menunaikan zakat ada disebut dalam sebahagian Surah Attaubah ayat 34 : ...Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakan pada jalan Allah,(menafkahkannya) maka khabarkanlah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

3. Menjerat lehernya di Akhirat. Terdapat juga di dalam Surah Al Imran ayat 180: Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sesungguhnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allahlah segala warisan di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

0 comments:

Template by : kendhin x-template.blogspot.com