SIFAT-SIFAT TERPUJI MUKMININ
- Taubat artinya meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat kerana membesarkan Allah s.w.t. Orang yang bertaubat mestilah memenuhi syarat-syarat berikut :
- Meninggalkan maksiat dengan kesedaran.
- Menyesal dengan perbuatan yang telah dikerjakan.
- Berazam tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
- Khauf artinya takutkan Allah s.w.t, takutkan kemurkaanNya dengan memelihara din dan melakukan perkara-perkara yang ditegah.
- Zuhud artinya bersih atau suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta tidak bergantung kepada makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah dari Allah.
- Sabar artinya tabah atau cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan.
- Syukur artinya menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehinya baik yang lahir mahupun batin semuanya adalah dari Allah dan merasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggungjawab kepada Allah.
- Ikhlas artinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana tujuan lain.
- Tawakal artinya berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.
- Mahabbah artinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepadaNya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dan jauhkan dari melakukan maksiat.
SIFAT-SIFAT TERCELA MUKMININ
- Syarhul Thaa’am artinya gemar kepada makan atau makan terlalu banyak.
- Syarhul Kafam artinya gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhiratnya.
- Gha’dhab artinya bersifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.
- Hasad artinya dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu susah.
Baca juga:
0 comments:
Post a Comment